疑難雜症萬事通
在網路上遇到任何問題都可以在這邊找找看唷

Search

ku band的相關標籤

相關貼文 相關照片 相關影片
關於ku band的評價, Kanok Ratwongsakul Fan Page

• วิธีการรับชมช่อง TOP News . 1. จานดาวเทียม : ติดจานรับสัญญาณดาวเทียมระบบ KU-Band (จานเล็ก) ราคาเร...

Ya Kekasih Allah 🙏🏽❤️ Di sebuah bangku sepi kala itu juga dia sendiri bersama seberkas Hati yang berteman sunyi, matanya yang cengkung mendalam tetap saja jauh merenung ke arah mendung yang semakin datang mengembang bersama Zulmat. Gerimis perlahan menyapa, petir tiba-tiba menyambar menyabung di segala bahagian, Bayang dermaga Cinta nya yang telah runtuh datang mengoda mengambar di layar perasaan yang telah lama koyak dan semakin berkelihatan usang. Tersadailah sekali lagi Sukmanya. Berberai-berai lebatnya rintik hujan mengiring air matanya yang juga tiba-tiba menitis merentasi kemarau dijiwanya. Hasrat hati ingin bersama, berkesudahan mati ditusuk bilah belati duka lara. Angin pun datang meniup sambil lembut memeluk kering tubuhnya, selantas itu jua perlahan bibirnya bergerak, dengan nada yang tersekat-sekat dan jujur ikhlas berkatalah ia. “Wahai angin kau khabarkan lah pada Tuhan, yang jiwa ku telah lama kalah, tiada lagi tertahan menahan rindu untuk bersama Nya. Kekasih yang berwajah indah tetap berseri-seri, janganlah lagi bersembunyi di sebalik Awan, Datanglah segera, datanglah tenangkan Asmara yang selalu ganas merombak mengoda-goda..“ Air liur ditelankan, perlahan matanya dipejamkan, membiarkan jiwanya digigit derita, membiarkan jua keujudannya dimamah oleh kesepian yang maha kejam. Bersama kesedaran ke ats ketiadaan daya upayanya, lantas berdama seberkas rasa keredhaan, dia akhirnya pasrah dengan bergegas pamirkan sekuntum senyuman, bersama kerebahan perasaan, bersama jua kejujuran yang telah terus parah dicelakan. Dia terus saja bersetuju untuk tetap teguh bersanding hidup dengan senyumannya sendiri, Kerana itu sahaja yang dimiliki dan yang mampu disembah beri. Kemudian perlahan kepalanya didongakkan, dapat dilihatnya jauh di atas sana sebutir Bintang sedang berkerdipan, lantas matanya kembali di pejamkan, kembalilah bibirnya membibit dengan nada yang perlahan dia berkata. “Ya Kekasih ku, Engkaulah dambaan Hasrat ini, Engkaulah Pujaan Hati, Engkaulah jua rintihan dalaman laksananya Bulan yang jauh mengambang di lelangit Kalbu yang gelap tak menampakkan bayang. Engkau Jawablah tanya ku ini, Kala dilapangan Lahut, berperasaan apakah sebenarnya Engkau, Sepertimana kah rasa di jiwa Engkau? Sesegelap apakah sepi mu?, sehingga menciptakan aku sebagai kekasih mu, Kala melintasi Jabarut, Kau mula berjanji, Kau juga telah bersungguh mengatakan pasti, namun mengapa kini dilembah Malakut ini, aku Kau takdirkan sebagai Perindu yang bertemankan aniaya, hina dan sepi. Tidakkah kau merasai apa yang ku rasai, Jiwa ku merintih di barahi kemanisan kenangan Kita kala saat saling mengukir janji, lalu pinta ku untuk saat ini, pejamkanlah mata mu, Sambutlah salam ku yang ku kirim bersama Angin, dan datanglah segera pelukkan jiwa ku yang selalu di datangi ingin untuk selalu sahaja bersama mu“. Lalu di bukakan matanya dengan tenang dia melepas satu nada luahan. “aahh Tuhan..." Bangun dia serta mula mengatur langkah, berlalulah Dia sendirian dengan hanya bertemankan rasa sepinya asmara yang mengoncang hati Kalbu dan melangkah lah ia dengan sekuntum lembutnya senyuman. . . . ❤️ . 🌷🌷LEPAT🌷🌷 . Persembahan Band: Acoustic Fourplay .🌹

Ya Kekasih Allah 🙏🏽❤️ Di sebuah bangku sepi kala ...